Akaun almathaanie.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
QURANIC PERSONAL COACHING ONLINE




SILVER ONLINE merupakan suatu pakej program belajar ngaji secara online dan personal bersama asatizah terpilih.

Guru yang kami sediakan adalah guru yang terlatih dan telah melaui proses bimbingan dan latihan khusus.

Kami sediakan guru full time yang berkomited tinggi. Kualiti perkhidmatan adalah keutamaan kami.

Guru berperanan sebagai mentor, menjadikan anak murid (peserta) sebagai mentee. Bagaimana mentor berusaha penuh membantu mentee untuk jadi seperti mentor. Copy one to one orang cakap. 

Salah satu produk killer dan eklusif kami, khas untuk sesiapa sahaja yang nak upgrade kualiti bacaan al-Quran. 

Sebahagian dari guru telah pun mempunyai Ijazah Sanad al-Quran dan tauliah dari Jabatan Agama Islam.



Setiap peserta akan mempelajari kaedah lengkap ilmu bacaan al-Quran seperti Ilmu Tajwid & Qiraat. Permulaan pengajian bergantung kepada tahap peserta.

Sekiranya di tahap asas, maka peserta akan belajar KAEDAH ALMATHAANIE terlebih dahulu. Kaedah pantas, menyeronokkan dan terbukti berkesan yang telah membantu ramai pelajar mampu baca al-Quran dengan lancar.

Sekiranya peserta berada pada tahap yang dah bole baca al-Quran, maka akan bermula dengan Talaqqi al-Quran.

Penilaian tahap bacaan peserta akan dibuat pada kali pertama sesi pengajian. Guru akan consult bacaan peserta terlebih dahulu. Kemudian barulah guru memberi saranan kepada peserta apakah tahap mereka dan bagaimana mereka boleh tingkatkan kualiti bacaan mereka.



Ikut pada peserta. Nak sampai khatam pun boleh takde masalah. Yang penting bersungguh-sungguh dan berkomited tinggi. Tidak terikat dengan kontrak dan ianya adalah berdasarkan persetujuan dan perbincangan bersama.



Pembelajaran secara online menggunakan aplikasi Whatsapp, Zoom @ Google Meet. Ikut keselesaan.. Just sediakan sebiji handphone beserta data internet yang kukuh sahaja.



Jadual berdasarkan pilihan dari peserta dan kekosongan masa guru. Nak sesi pagi pun boleh, nak sesi petang atau malam pun boleh. Peserta bole pilih ikut slot mana yang mereka inginkan. Itupun bergantung juga pada kekosongan slot guru tersebut. Kami sediakan beberapa orang guru dan peserta boleh pilih guru mana yang mereka inginkan.






=> Kelas ganti sekiranya peserta tidak hadir ke kelas @ cuti umum.
=> Latihan dan bimbingan dalam dan luar kelas.
=> Pemantauan berkala sampai pandai.
=> Kelas secara online. Peserta bole belajar dimana-mana sahaja mereka berada.
=> Laporan dan rekod prestasi.



Mahar mesti ada. Mahar inilah sebagai manisan dan upah buat guru dari peruntukan tenaga dan masa mereka. Sila lah lihat-lihat di bawah dan pilih nak pakej mana berdasarkan kesanggupan anda melabur untuk ilmu dunia akhirat.

PAKEJ A

=> RM180.
=> 4x kelas ( sebulan ).
=> 45 min setiap kelas.

 
PAKEJ B

=> RM300 (jimat rm60 sebulan).
=> 8x kelas (sebulan).
=> 45 min setiap kelas.



Baiklah.. Sekiranya anda berminat dengan pakej ini, sila daftar dulu. Daftar cuma RM100 sahaja. Selepas anda daftar, pihak kami akan hubungi anda untuk step seterusnya. Daftar sekarang sebab kami nak beri offer percuma sesi pertama sebagai FREE TRIAL.

Sekiranya selapas FREE TRIAL nanti anda bersetuju nak teruskan, baru kita ke step seterusnya seperti perbincangan jadual, urusan pengeposan #KitAQC dan sebagainya.

Dari pendaftaran ini anda akan dapat #KitAQC :-
=> Kitab Kaedah Almathaanie + postage.
=> Kitab Tajwid.
=> Laporan dan rekod prestasi.


Sekiranya anda tak berminat nak teruskan atau tarik diri sebelum memulakan sesi pengajian, kami akan refund 100% pendaftaran anda.